Dapatkan set lengkap USB pic microcontroller programmer (PicKit2 Clone Ver. 3 in 1) bersama:
1. USB cable PERCUMA!
2. CD driver disediakan.
3. Bonus eBook belajar PIC Microcontroller, dalam bahasa C dan assembly language.
4. Support kebanyakkan Pic microcontroller, pic16f877, pic16f887, pic16f628,
dan sebagainya.
5. Jaminan 6 bulan dari tarikh pembelian, mengikut terma dan syarat.
6. Belanja Pos Percuma!
7. Dan lain-lain menarik.
Semua package diatas akan menyediakan siri pembelajaran pic microcontroller anda menjadi semakin cepat dan mudah.
100% buatan tangan dan sangat mudah digunakan.
Kecil dan padat, mudah dibawa kemana-mana.
USB
Pesan dan tempah sekarang!
Sila hubungi saya: 019 3430533, Call/sms :Roslan.
Atau Email: pronictech@gmail.com
Harga: RM 160.00 sahaja seunit.
PROJEK ELEKTRONIK 4U @ PRONICTECH
Elektronik Hobi, Projek dan Rekacipta.
PENGENALAN
Salam sejahtera, kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Tujuan utama saya membangunkan laman blog ini adalah sekadar ingin mengisi hobi masa lapang di dalam bidang elektronik, projek dan rekacipta. Di samping itu saya juga ada menyediakan sedikit bahan-bahan dan produk sampingan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat, sekurang-kurangnya dengan cara ini dapatlah saya membiayai sedikit keperluan untuk kelangsungan laman blog ini. Sokongan daripada kawan-kawan diluar sana sangat-sangat saya hargai. Terimakasih
Friday, June 1, 2012
Monday, May 14, 2012
Wireless handphone keypad access password security system dan pic16f877 microcontroller
Kebiasaan di dalam semua projek seperti access password security system kita akan menggunakan jenis keypad button yang biasa. Tetapi dengan ciptaan terbaru saya ini anda boleh access semua projek seperti password system dengan hanya menggunakan keypad daripada mana-mana handphone tak kiralah jenis biasa atau touch screen secara wireless (tanpa wayar) dengan menggunakan ciptaan sensor detection device ini (kotak litar yang berwarna kuning tu) yang boleh di sambung terus kepada microcontroller. Jadi kita boleh membuat sistem ini tanpa memerlukan keypad button lagi dan menggantikannya dengan peranti tersebut yang berfungsi secara cordless dan boleh juga disorokkan untuk kegunaan tertentu.
Di dalam video kelihatan saya accsess password tanpa menekan keypad button jenis biasa (yang warna hitam tu) tetapi sebagai ganti telah menggunakan handphone keypad yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Buat pengetahuan anda ini bukanlah projek berasaskan GSM (SMS) dan sensor kuning itu ditugaskan untuk bertindak menerima signal kira-kira jarak sejengkal daripada handphone keypad sahaja. Module sensor handphone keypad ini boleh digunakan untuk apa juga projek berasaskan keypad switch. Kebaikkan menggunakan sensor module ini kerana 1. Ia menggunakan keypad dari handphone yang semestinya kita boleh bawanya kemana-mana berbanding RFID card yang selalu membuat kita terlupa bawa atau perlu digantung dileher setiap masa. 2. Tidak perlu cas SMS kredit dan jimat duit, 3. Sensor ini boleh disembunyikan di dalam contoh dinding, bawah meja, dalam steering kereta atau dimana-mana tempat kita suka yang tidak diketahui orang (hidden sensor) 4. Semua jenis handphone boleh digunakan, 5. Penyambungan yang mudah dan lain-lain kebaikkan lagi. Litar dan module sensor di atas hanya prototype saya sahaja dan jika anda berminat untuk membeli module sensor yang sebenar saya akan jual dengan harga sebiji RM 70.00 sahaja siap dengan configuration circuit diberikan. Jika berminat jangan malu sila hubungi saya Roslan 019 3430533 .
Saturday, March 10, 2012
INDUCTOR DAN CAPACITOR METER (PO-8)
Inductor dan capacitor meter adalah peralatan ujian yang sangat penting bagi menyukat nilai inductor (gegelung) dalam unit henry dan juga nilai capacitor di dalam unit Farad, alat ini sangat berguna digunakan samada semasa merekabentuk atau membaiki litar-litar elektronik. Bagi penggemar Radio (RF) dan penghobi Audio alat ujian ini adalah benda yang paling penting dalam hidup mereka supaya senang untuk membuat (merekabentuk sendiri) atau memeriksa komponen inductor atau capacitor dengan mudah. Bagi penghobi seperti Ham Radio alat ini banyak membantu di dalam kerja-kerja merekabentuk litar-litar fillter , macthing impedance dan sebagainya. Bagi peminat Audio pula menjadi keperluan apabila hendak merekabentuk litar crossover, fillter, litar graphic equalizer, output stage amplifier dan lain-lain bahagian. Seorang pembaiki peralatan elektronik seperti radio,metal detector, transformer, TV, computer, power supply dan lain-lain peralatan menjadikan kerjanya lebih mudah dan sangat berkesan. Bagi saya benda ini telah menjadi sebahagian dari tool yang sangat penting semasa kerja merekabentuk dan menguji litar RF amplifier, oscillator bagi transmitter atau radio receiver. Tetapi sebenarnya alat ujian ini bukannya murah dan ada sehingga RM 1000 malah sangat kurang ada dipasaran terutama inductor meter khas untuk RF sehingga julat penyukatan kurang daripada 100 nano Henry. Bagaimana pun terimakasih kepada Pic Microcontroller dimana kita boleh buat sendiri projek ini dengan kos yang sangat murah.
Gambar di atas melihatkan prototype LC meter berasaskan PIC16F84A kegunaan saya sekian lama (tak jual) menggunakan LCD display. Mempunyai ketepatan yang sangat baik sehingga 1 hingga 5% bergantung kepada cara pembuatan kerana sangat sensitif kepada frekuensi tinggi. Kalau anda malas nak buat dan nak tempah dengan saya, harganya adalah RM 100.00 sahaja seunit menggunakan litar PCB sebenar yang lebih kemas atau menggunakan casing box.
Measuring range is from 0 to >0.1uF for capacitance and 0 to >10mH for inductance. !
Gambar di atas melihatkan prototype LC meter berasaskan PIC16F84A kegunaan saya sekian lama (tak jual) menggunakan LCD display. Mempunyai ketepatan yang sangat baik sehingga 1 hingga 5% bergantung kepada cara pembuatan kerana sangat sensitif kepada frekuensi tinggi. Kalau anda malas nak buat dan nak tempah dengan saya, harganya adalah RM 100.00 sahaja seunit menggunakan litar PCB sebenar yang lebih kemas atau menggunakan casing box.
Measuring range is from 0 to >0.1uF for capacitance and 0 to >10mH for inductance. !
Wednesday, February 29, 2012
PROJEK PO-7, PicKit2 Clone 3 in 1
Beberapa tahun yang lalu semua projek-projek litar elektronik saya yang berasaskan PIC microcontroller saya gunakan programmer jenis JDM (buat sendiri aje), setelah company Microchip mengeluarkan PicKit2 saya terus simpan JDM programmer tu sebab kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam PicKit2, tak salah saya kini dah ada PicKit3 tetapi rasanya PicKit2 ni pun sudah memadai kot. Kalau dulu JDM tidak boleh burn microcontroller seperti Pic16F887 tetapi dengan PicKit2 ianya tidak lagi menjadi masalah, malah ia menggunakan cable plug USB akan disambung terus kepada leptop berbanding JDM menerusi serial port (RS 232) yang hanya sesuai untuk computer table (desktop). Tetapi programmer PicKit2 yang saya gunakan adalah jenis Clone dan telah saya modified untuk disesuaikan kepada size IC Dip 18, 28 dan 40 pin yang boleh di program secara direct dalam satu board yang sama dan saya namakan ia PicKit2 Clone 3 in 1. ini supaya mudah bagi saya untuk program pilihan bagi ketiga-tiga jenis size IC uController tersebut seperti PIC16F84A/628A atau lain-lain yang lebih kecil. Biasanya saya akan menggunakan Assembly language untuk program IC yang bersaiz kecil untuk jimat wang, ruang dan memori. Sebaliknya akan menggunakan C language (MPLAB IDE/HI-TECH PRO compiler) kepada microcontroller yang bersize yang lebih besar seperti PIC16F877A dan PIC16F887 pada projek-projek elektronik yang lebih besar mengikut kesesuaian.
Bagaimana pun Prototype-nya seperti gambar di atas hanya untuk kegunaan saya sendiri. Kalau anda berminat untuk menempahnya (PCB Version yang lebih kecil saiznya) boleh hubungi atau Email saya, contoh layout litar PCB nya adalah seperti gambar di bawah.

Ukuran 100 x 70 mm.
HARGA TERKINI, UNTUK SETIAP TEMPAHAN HANYA : RM 160.00 RINGGIT SAHAJA!
Anda akan memperolehi:
1. CD driver.
2. USB cable.
3. Support device 18, 28, dan 40 pin PiC Microcontroller.
Seperti common IC, Pic16F84A, Pic16F628, Pic18F2550, Pic16F877A dan Pic16F887 dan lebih
banyak lagi. (Rujuk PicKit2 device support)
4. Jaminan 6 bulan dari tarikh pembelian.
5. Bonus percuma " Ebook buku-buku belajar PIC microcontroller assembly dan C language".
6. Caj penghantaran PERCUMA.
PESAN SEGERA ! pronictech@gmail.com atau 019 3430533. (Roslan)
************************
AKAN DATANG PicKit Clone VER.4 in 1.
SIAP DENGAN ISCP SOCKET OUTPUT DAN TAMBAHAN IC DIP 8 YANG LEBIH KECIL UNTUK PROGRAM CONTOH PIC12F629-1/P MICROCONTROLLER DLL.
Bagaimana pun Prototype-nya seperti gambar di atas hanya untuk kegunaan saya sendiri. Kalau anda berminat untuk menempahnya (PCB Version yang lebih kecil saiznya) boleh hubungi atau Email saya, contoh layout litar PCB nya adalah seperti gambar di bawah.

Ukuran 100 x 70 mm.
HARGA TERKINI, UNTUK SETIAP TEMPAHAN HANYA : RM 160.00 RINGGIT SAHAJA!
Anda akan memperolehi:
1. CD driver.
2. USB cable.
3. Support device 18, 28, dan 40 pin PiC Microcontroller.
Seperti common IC, Pic16F84A, Pic16F628, Pic18F2550, Pic16F877A dan Pic16F887 dan lebih
banyak lagi. (Rujuk PicKit2 device support)
4. Jaminan 6 bulan dari tarikh pembelian.
5. Bonus percuma " Ebook buku-buku belajar PIC microcontroller assembly dan C language".
6. Caj penghantaran PERCUMA.
PESAN SEGERA ! pronictech@gmail.com atau 019 3430533. (Roslan)
************************
AKAN DATANG PicKit Clone VER.4 in 1.
SIAP DENGAN ISCP SOCKET OUTPUT DAN TAMBAHAN IC DIP 8 YANG LEBIH KECIL UNTUK PROGRAM CONTOH PIC12F629-1/P MICROCONTROLLER DLL.
Friday, September 23, 2011
PROJEK PO-6, CAR STEERING POWER SUPPLY AND CIRCUITS
Semua peralatan,gadget, atau accessory electronic pada bahagian dalaman kereta memerlukan bekalan kuasa 12 Volt untuk berfungsi, kecuali yang menggunakan unit bateri sendiri. Jika tempat sesuatu peralatan itu terletak pada bahagian hadapan dash board kereta selalunya lebih mudah kerana bekalan kuasa 12 volt-nya boleh ditarik daripada pendawaian (wiring) pada sebelah bawah dash board tersebut. Tetapi sesetengah tempat mungkin agak sukar kerana tidak mempunyai point voltage 12 volt DC disitu. Sebagai contoh untuk projek kali ini saya ingin memasang LED iaitu pseudo alarm indicator (olok-olok) sebagai suatu flashing light accsessory pada bahagian steering wheel, (saje nak buat gempak sebagai flashing light macam burglar alarm indicator).
Bagaimana pun masalah utama di dalam projek ini adalah ketiadaan 12V DC supply. Kalau ditarik terus supply wire kepada steering nanti berbelit-belit pula apabila steering diputarkan. Kalau guna bateri kecil susah pula maintanance nya nanti. Oleh itu suatu solution yang lebih mudah harus difikirkan, dimana saya telah menggunakan series voltage daripada bahagian dalaman horn switch steering wheel itu juga. Caranya ditunjukkan menerusi Rajah 1-1 (a) dimana perlu menggunakan perintang Rx sebagai current limitter supaya beban arus yang akan kita gunakan nanti tidak sampai mengaktifkan horn kereta tersebut pula. Untuk menentukan had atau limit current ini kita boleh menggunakan hukum ohm sebagai Rx = 12DC - Vd / Im, dimana Im adalah Limit Current dan Vd adalah 0.7 V sebagai tolak voltage diode. Contoh, katakan Rx = 100 ohm maka Im adalah 12-0.7/100 = 113 mA.

Electrolitic capacitor disitu boleh bertindak sebagai penapis dan juga tempat simpan tenaga supaya fungsi beban litar akan bekerja dengan lebih stabil, biasanya saya pilih diantara 1000uF hingga 4700uF. Kegunaan diode disitu adalah sebagai penerus supaya current mengalir pada satu arah sahaja dan jenis keluarga 1N4xxx boleh digunakan, manakala C2 dengan nilai biasa 0.1 uF bertindak sebagai penapis frequency tinggi. Untuk menghidup atau mematikan litar ia boleh dikawal menerusi on/off switch yang disambung bersiri. Bagi tujuan keselamatan tambahan fuse F1, dengan nilai tinggi sedikit daripada Im boleh digunakan.
Siap sahaja litar bekalan kuasa, seterusnya saya tambah suatu simple astable multivibrator (AM) seperti di dalam rajah 1 (b) untuk kesan LED berkelip (flashing). Untuk design litar AM ni tak lah susah hanya mengikut formula f =1 / 1.38 *R*C dimana f adalah nilai frequency, R dan C adalah R2,R3,C3 dan C4. Okey itu sahajalah sebagai asas utama rekabentuk litar tersebut, jika anda berminat untuk menambah lain-lain gadget seperti alarm buzzer untuk terperanjatkan pencuri disitu pun boleh, LCD display untuk penyukat voltage bateri kereta disitu pun boleh, running light, remote control, microphone, speaker amplifier, keypad security code, RFID untuk start engine kereta, dan sebagainya pun boleh dan bergantung kepada idea masing-masing janji nampak gempak kan. Tip, litar-litar menggunakan PIC microcontroller pun boleh digunakan asalkan IC tersebut besaiz kecil untuk litar kawalannya.
Disediakan oleh Roslan.
Wednesday, September 21, 2011
PROJEK P0-5, PETI SURAT BERSAMA SUIS BELL DAN INTERKOM DUA-HALA 3 DALAM 1
Kali ini timbul pula idea nak buat projek peti surat rumah berelektronik, idea ni datang secara sepontan sebelum menyambut hari raya tempoh hari di dalam persediaan untuk menyambut kedatangan tetamu, saudara-mara dan khusus kepada post man. Kelebihan peti surat saya ni mempunyai "3 ciri dalam 1" yang akan melayan kedatangan tetamu dengan switch bell (ding-dong), berbunyi sebaik surat atau sebarang dokumen dimasukkan di dalam peti surat dan mempunyai interkom untuk perhubungan dua hala diantara penghuni di dalam rumah dan orang di sebelah luar (dekat peti surat) dimana terdapat sebiji speaker di dalam peti surat yang bertindak sebagai microphone dan speaker dalam satu masa. Kegunaan interkom supaya saya boleh melayan atau bertanya maksud kedatangan tetamu yang tidak diundang seperti juru-jual, orang yang tidak dikenali dan sebagainya.
Rajah 1-1
: RM 50.00 sahaja
Monday, August 8, 2011
PROJEK P0-4, LITAR PENGGERA TANGKI TADAHAN AIR
Menyusuli projek P0-3 litar pengesan paras air bateri yang lalu, kita sebenarnya boleh membuat berbagai pengubah suaian kepada bahagian capacitance type water detector tersebut untuk sebarang projek idea, contohnya sebagai litar pengesan atau sistem penggera tangki tadahan atau kolah di dalam bilik air rumah kita. Kadang-kadang anak-anak kecil atau kita sendiri terlupa hendak menutup paip atau water tap hingga membiarkan air melimpah dan berlakunya banyak pembaziran. Rajah 1 di bawah menunjukkan contoh fungsi litar tersebut dimana probe sensor akan mengesan paras kenaikkan jumlah capacitance apabila paras air memenuhi tangki tadahan air tersebut dan kemudiannya buzzer akan aktif sebagai penggera. Menariknya kendalian litar water detector jenis ini iaitu memerlukan hanya 1 probe pengesan sahaja sebagai water sensor berbanding lain-lain litar pengesan yang memerlukan lebih dari satu probe sensor. Untuk menambahkan kecekapan kerja litar ini biasanya bahagian terminal negative bateri akan disambung kepada terminal ground atau mana-mana bahagian logam besi paip jika perlu. Keupayaan bateri 9 Volt boleh digunakan dimana standby current-nya yang agak rendah membolehkan hayat bateri tersebut bertahan dengan lebih lama. Apabila paras air mencapai paras kedudukan sensor probe maka buzzer akan berbunyi tanpa henti sehinggalah button reset di tekan untuk fungsi seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








