Friday, July 22, 2011

NO. PROJEK: P03: PENUNJUK PARAS AIR BATERI KERETA

NO. PROJEK: P03


Kemunculan bateri-bateri kereta jenis maintanace-free (gambar di atas) banyak memberi kebaikkan terutama kepada pengguna kereta yang sentiasa di dalam kesibukkan. Berbanding pemilik kereta yang masih lagi menggunakan jenis bateri kereta biasa dan perlu memperuntukkan masa mereka untuk melakukan sendiri pemeriksaan dan menambah paras air bateri kereta mereka bagi mengekalkan perfoman dan memanjangkan lagi hayat bateri kereta tersebut. Bagaimana pun jenis maintanance-free bateri tersebut biasanya lebih mahal sedikit harganya berbanding bateri-bateri biasa (gambar dibawah).



Saya juga pernah menggunakannya, tetapi tidak lama bateri jenis maintanance-free tersebut nampak lebih cepat kondemnya, hal ini juga diperakui oleh beberapa rakan dan saudara mara saya...tak tahulah kenapa? mungkin nasib saya yang kurang baik atau teknologi bateri tersebut perlukan perubahan lagi kot. Walau apa pun sekarang ni untuk berjimat sedikit saya sudah pun kembali menggunakan jenis bateri biasa semula dan tidak boleh memberi alasan sibuk lagi demi menjaga perfoman bateri tersebut. Dari pengalaman saya jenis bateri biasa ni jika dijaga dengan baik mungkin boleh bertahan sehingga lebih dua tahun. Tetapi masalah yang saya sering hadapi adalah selalu "terlupa" sehingga menyebabkan air bateri kadang-kadang menjadi kering dek kesibukkan masa. Oleh itu timbul lah idea gila ni untuk membuat suatu jenis pengesan-sensor paras air bateri kereta (elektronik) supaya boleh membunyikan buzzer amaran dan menunjukkan bahagian cell yang mana satukah telah susut airnya dengan barisan penunjuk LED yang akan menyala. Dengan adanya sistem ni saya tidak perlu risau lagi tentang air bateri sebab setiap sensor cell telah saya setkan pada kedudukan paras air yang paling minimum sebelum ia jatuh susut dengan lebih teruk dimana buzzer telah pun memberi amaran lebih awal dan tugas saya hanya perlu memeriksa dan menambah air bateri sahaja. Sementara tu boleh juga tengok-tengok bahagian engine yang lain seperti paras minyak hitam, bersihkan air fillter, tambah air wiper, periksa air radiator dan lain-lain pemeriksaan kereta yang berfaedah...kan bagus begitu dapat bonus tambahan. Seperti melakukan projek-projek yang lain kerja ni agak leceh sedikit, kena buat litar elektronik, buat sensor, buat wiring, ujian dan lain-lain. Hasil litar sensor dan kawalannya adalah seperti rajah di bawah iaitu litar prototype saya yang pertama.


Di sini saya menggunakan teknik litar berasaskan capacitance detection S1-S6 supaya ianya tidak menganggu dan memberi sebarang kesan penyerapan tenaga kedalam bateri tersebut, dimana C5,6,10,11,15 dan 16 akan block DC current dan perintang R6,7,13,14,20 dan 21 bertindak meningkatkan jumlah input impedance. Litar ini juga mempunyai operation current yang agak rendah oleh itu tidak akan mengurangkan dan menjejaskan jumlah tenaga simpanan bateri. Rajah lakaran menunjukkan barisan pin logam sebagai water sensor yang disejajarkan mengikut paras air bateri pada kedudukan tanda minimum dimana LED akan menyala apabila air bateri melepasi paras hujung pin logam tersebut. Di dalam litar dan kaedah sebenar semua barisan LED indicator dan Buzzer boleh diletakkan dimana-mana sudut dashboard kereta yang mudah dilihat atau dengar. Litar schematic diatas boleh juga diubah-suai menggunakan 7 segment bagi menggantikan barisan LED.


Baca seterusnya (Read more)...>>

Thursday, July 21, 2011

NO PROJEK P02 : ALAT KAWALAN JAUH INFRARED SERBAGUNA (MULTI-PURPOSE REMOTE CONTROL)

Boleh dikatakan semua orang dan disetiap rumah hari ini mempunyai sekurang-kurangnya satu peralatan elektrik yang menggunakan sistem kawalan jauh seperti set TV, HI-FI, Kipas, MP3, DVD dan sebagainya. Apabila salah satu daripada peralatan tadi mengalami kerosakkan dan tidak boleh digunakan lagi ia biasanya samada dibuang atau disimpan di dalam stor buruk. Tetapi janganlah membazir dan terburu-buru membuang bahagian alat kawalan jauhnya sekali, kerana kebanyakkan bahagian ini (remote control nya) masih boleh digunakan lagi untuk di jadikan projek elektronik. Kali ini saya akan tunjukkan satu litar bagaimana kita boleh menggunakan semula bahagian remote control tadi supaya boleh digunakan semula untuk mengawal apa sahaja peralatan yang difikirkan untuk projek kawalan jauh anda, seperti meng ON kan kipas, lampu panjang, mentol, motor dan sebagainya. Dalam kata lain kita akan membuat suatu litar penerima remote control infrared serbaguna dan boleh diaktifkan oleh semua jenis bahagian alat kawalan jauh yang disangkakan terbuang. Bagaimana pun alat ini hanya berfungsi untuk ON atau OFF apabila mana-mana salah satu daripada butang suis dari bahagian remote control di tekan, tak kiralah mana satu butang yang anda picit dan ia akan terus mengaktifkan litar penerimanya nanti.
                                               
Litar yang dimaksudkan adalah sangat mudah menggunakan LM567 tone decoder IC, module penerima infrared disini saya gunakan jenis SHARP - GP1U series atau apa-apa juga jenis general purpose daripada 30kHz hingga 50 kHz carrier fraquency boleh dicuba gunakan bersama-sama lain-lain komponen sokongan. Secara ringkasnya litar ini berfungsi menerima signal dari unit pemancar menerusi infrared sensor lalu diproses seterusnya kedalam IC tone decoder LM567 untuk mengesan tone frekuensi yang paling sesuai dengan melaras potentiometer 10k (tune) sehingga LED indicator menyala menandakan signal keluaran telah diperolehi. Kemudian signal akan di stabilkan menerusi one short circuit IC 555 untuk trigger D type Flip-Flop 4013 bagi memperolehi fungsi selak (latch) pada pin 1 output. Sekarang anda boleh mengubah suai litar tersebut untuk digunakan bagi sebarang tujuan. Menarik dan mudahnya litar ini kerana kita tidak lagi perlu membuat bahagian litar pemancarnya, dengan menggunakan semula alat kawalan jauh atau remote control yang hampir-hampir nak dibuang tu.
Salah satu daripada applikasi litar tersebut saya gunakan untuk mengawal secara ON/OFF kipas lama saya dan menggunakan TRIAC untuk drive beban motor kipas di dalamnya seperti litar lengkap di bawah.


Bagaimana pun litar di atas agak merbahaya kerana menggunakan high voltage 240 VAC, sekiranya anda bercadang membuatnya, oleh itu sentiasalah berhati-hati terutama pada laluan live (L) supply yang sangat merbahaya.






TQ, Roslan.



Baca seterusnya (Read more)...>>

Wednesday, July 20, 2011

NO PROJEK P01 :PENGELIP LED HANDPHONE TANPA BATERI

Di permulaan post ni saya akan tunjukkan satu projek yang agak ringkas iaitu Pengelip LED menggunakan handphone. Sebenarnya alat pengelip ni banyak dijual dikedai-kedai handphone di dalam pelbagai rupa dan pernah popular suatu masa dahulu sebagai pelekat untuk accessories handphone, dimana fungsinya akan mengelip-ngelipkan led dengan pelbagai warna dan corak apabila sahaja ia mengesan gelombang micro yang dipancarkan daripada hendphone semasa menerima atau membuat panggilan. Tetapi di sini kita boleh membuat projek ini dengan lebih mudah mengikut kepada rajah litar dibawah berasaskan suatu litar pengesan radio germanium diode. Lebih kreative anda boleh juga menambah litar DC-to-DC converter seperti litar "Joule thief" yang simple untuk step-up voltage bagi menyalakan jumlah LED yang lebih banyak atau sebagainya. Dekatkan litar tersebut menghampiri handphone anda dan LED akan berkelip apabila menerima isyarat radio tersebut.

 HARGA: RM FREE.

Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...