Monday, August 8, 2011

PROJEK P0-4, LITAR PENGGERA TANGKI TADAHAN AIR

Menyusuli projek P0-3 litar pengesan paras air bateri yang lalu, kita sebenarnya boleh membuat berbagai pengubah suaian kepada bahagian capacitance type water detector tersebut untuk sebarang projek idea, contohnya sebagai litar pengesan atau sistem penggera tangki tadahan atau kolah di dalam bilik air rumah kita. Kadang-kadang anak-anak kecil atau kita sendiri terlupa hendak menutup paip atau water tap hingga membiarkan air melimpah dan berlakunya banyak pembaziran. Rajah 1 di bawah menunjukkan contoh fungsi litar tersebut dimana probe sensor akan mengesan paras kenaikkan jumlah capacitance apabila paras air memenuhi tangki tadahan air tersebut dan kemudiannya buzzer akan aktif sebagai penggera. Menariknya kendalian litar water detector jenis ini iaitu memerlukan hanya 1 probe pengesan sahaja sebagai water sensor berbanding lain-lain litar pengesan yang memerlukan lebih dari satu probe sensor. Untuk menambahkan kecekapan kerja litar ini biasanya bahagian terminal negative bateri akan disambung kepada terminal ground atau mana-mana bahagian logam besi paip jika perlu. Keupayaan bateri 9 Volt boleh digunakan dimana standby current-nya yang agak rendah membolehkan hayat bateri tersebut bertahan dengan lebih lama. Apabila paras air mencapai paras kedudukan sensor probe maka buzzer akan berbunyi tanpa henti sehinggalah button reset di tekan untuk fungsi seterusnya.



Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...