Friday, September 23, 2011

PROJEK PO-6, CAR STEERING POWER SUPPLY AND CIRCUITS

Google english translation (Click here)


Semua peralatan,gadget, atau accessory electronic pada bahagian dalaman kereta memerlukan bekalan kuasa 12 Volt untuk berfungsi, kecuali yang menggunakan unit bateri sendiri. Jika tempat sesuatu peralatan itu terletak pada bahagian hadapan dash board kereta selalunya lebih mudah kerana bekalan kuasa 12 volt-nya boleh ditarik daripada pendawaian (wiring) pada sebelah bawah dash board tersebut. Tetapi sesetengah tempat mungkin agak sukar kerana tidak mempunyai point voltage 12 volt DC disitu. Sebagai contoh untuk projek kali ini saya ingin memasang LED iaitu pseudo alarm indicator (olok-olok) sebagai suatu flashing light accsessory pada bahagian steering wheel, (saje nak buat gempak sebagai flashing light macam burglar alarm indicator). 
Bagaimana pun masalah utama di dalam projek ini adalah ketiadaan 12V DC supply. Kalau ditarik terus supply wire kepada steering nanti berbelit-belit pula apabila steering diputarkan. Kalau guna bateri kecil susah pula maintanance nya nanti. Oleh itu suatu solution yang lebih mudah harus difikirkan, dimana saya telah menggunakan series voltage daripada bahagian dalaman horn switch steering wheel itu juga. Caranya ditunjukkan menerusi Rajah 1-1 (a) dimana perlu menggunakan perintang Rx sebagai current limitter supaya beban arus yang akan kita gunakan nanti tidak sampai mengaktifkan horn kereta tersebut pula. Untuk menentukan had atau limit current ini kita boleh menggunakan hukum ohm sebagai Rx = 12DC - Vd / Im, dimana Im adalah Limit Current dan Vd adalah 0.7 V sebagai tolak voltage diode. Contoh, katakan Rx = 100 ohm maka Im adalah 12-0.7/100 = 113 mA. 

Electrolitic capacitor disitu boleh bertindak sebagai penapis dan juga tempat simpan tenaga supaya fungsi beban litar akan bekerja dengan lebih stabil, biasanya saya pilih diantara 1000uF hingga 4700uF. Kegunaan diode disitu adalah sebagai penerus supaya current mengalir pada satu arah sahaja dan jenis keluarga 1N4xxx boleh digunakan, manakala C2 dengan nilai biasa 0.1 uF bertindak sebagai penapis frequency tinggi. Untuk menghidup atau mematikan litar ia boleh dikawal menerusi on/off switch yang disambung bersiri. Bagi tujuan keselamatan tambahan fuse F1, dengan nilai tinggi sedikit daripada Im boleh digunakan. 
Siap sahaja litar bekalan kuasa, seterusnya saya tambah suatu simple astable multivibrator (AM) seperti di dalam rajah 1 (b) untuk kesan LED berkelip (flashing). Untuk design litar AM ni tak lah susah hanya mengikut formula f =1 / 1.38 *R*C dimana f adalah nilai frequency, R dan C adalah R2,R3,C3 dan C4. Okey itu sahajalah sebagai asas utama rekabentuk litar tersebut, jika anda berminat untuk menambah lain-lain gadget seperti alarm buzzer untuk terperanjatkan pencuri disitu pun boleh, LCD display untuk penyukat voltage bateri kereta disitu pun boleh, running light, remote control, microphone, speaker amplifier, keypad security code, RFID untuk start engine kereta, dan sebagainya pun boleh dan bergantung kepada idea masing-masing janji nampak gempak kan. Tip, litar-litar menggunakan PIC microcontroller pun boleh digunakan asalkan IC tersebut besaiz kecil untuk litar kawalannya.

Disediakan oleh Roslan.




Baca seterusnya (Read more)...>>

Wednesday, September 21, 2011

PROJEK P0-5, PETI SURAT BERSAMA SUIS BELL DAN INTERKOM DUA-HALA 3 DALAM 1

Kali ini timbul pula idea nak buat projek peti surat rumah berelektronik, idea ni datang secara sepontan sebelum menyambut hari raya tempoh hari di dalam persediaan untuk menyambut kedatangan tetamu, saudara-mara dan khusus kepada post man. Kelebihan peti surat saya ni mempunyai "3 ciri dalam 1" yang akan melayan kedatangan tetamu dengan switch bell (ding-dong), berbunyi sebaik surat atau sebarang dokumen dimasukkan di dalam peti surat dan mempunyai interkom untuk perhubungan dua hala diantara penghuni di dalam rumah dan orang di sebelah luar (dekat peti surat) dimana terdapat sebiji speaker di dalam peti surat yang bertindak sebagai microphone  dan speaker dalam satu masa. Kegunaan interkom supaya saya boleh melayan atau bertanya maksud kedatangan tetamu yang tidak diundang seperti juru-jual, orang yang tidak dikenali dan sebagainya. 
Bagaimana pun fungsi peti surat tersebut masih boleh diubah suai untuk tambahan lain-lain fungsi seperti litar pembeza surat atau tetamu, counter bilangan surat berdisplay LCD, kawalan jauh dan sebagainya. Cabaran utama projek ini syaratnya mesti menggunakan hanya dua helai wayar sebagai penghubung unit diluar dan unit di dalam rumah. Gambar di bawah menunjukkan sample projek (agak comot sedikit) tetapi tetap berfungsi dengan baik seperti yang di inginkan (prototype aje). Untuk mengesan kedatangan surat saya menggunakan contact pin dengan plate logam yang akan tersentuh apabila rocker card board dilanggar lalu loceng di dalam rumah akan berbunyi sebanyak 3 kali sebagai tanda surat telah masuk. Boleh juga menggunakan read magnetic switch tetapi saya membuat switch sensor tersebut secara DIY (jimat duit).Tetamu boleh memanggil tuan rumah dengan menekan push button switch. (untuk jimat belanja saya beli sistem loceng rumah (ding-dong) dari kedai $2.00 siap dengan push button switch nya sekali). Katakan surat terselit dan hanya tergantung pada card board rocker maka loceng akan berbunyi 3 kali dan LED 2 akan berkelip-kelip tanpa henti menandakan surat terselit disitu sehinggalah kita mengambilnya. Bagi interkom terdapat satu toggle switch untuk pilihan percakapan dua hala (half-duplex) dimana LED 1 akan menyala sebagai penunjuk fungsi (function indicator). Hanya perlu membuat sedikit modifikasi di antara unit loceng dan litar kawalan seperti rajah 1-1 untuk melengkapkan sepenuhnya projek tersebut. Bagi bahagian casingnya saya gunakan kotak-kotak terpakai untuk jimat belanja.


                Rajah 1-1
 
 

Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...