Saturday, March 10, 2012

INDUCTOR DAN CAPACITOR METER (PO-8)

Inductor dan capacitor meter adalah peralatan ujian yang sangat penting bagi menyukat nilai inductor (gegelung) dalam unit henry dan juga nilai capacitor di dalam unit Farad, alat ini sangat berguna digunakan samada semasa merekabentuk atau membaiki litar-litar elektronik. Bagi penggemar Radio (RF) dan penghobi Audio alat ujian ini adalah benda yang paling penting dalam hidup mereka supaya senang untuk membuat (merekabentuk sendiri) atau memeriksa komponen inductor atau capacitor dengan mudah. Bagi penghobi seperti Ham Radio alat ini banyak membantu di dalam kerja-kerja merekabentuk litar-litar fillter , macthing impedance dan sebagainya. Bagi peminat Audio pula menjadi keperluan apabila hendak merekabentuk litar crossover, fillter, litar graphic equalizer, output stage amplifier dan lain-lain bahagian. Seorang pembaiki peralatan elektronik seperti radio,metal detector, transformer, TV, computer, power supply dan lain-lain peralatan menjadikan kerjanya lebih mudah dan sangat berkesan. Bagi saya benda ini telah menjadi sebahagian dari tool yang sangat penting semasa kerja merekabentuk dan menguji litar RF amplifier, oscillator bagi transmitter atau radio receiver. Tetapi sebenarnya alat ujian ini bukannya murah dan ada sehingga RM 1000 malah sangat kurang ada dipasaran terutama inductor meter khas untuk RF sehingga julat penyukatan kurang daripada 100 nano Henry.  Bagaimana pun terimakasih kepada Pic Microcontroller dimana kita boleh buat sendiri projek ini dengan kos yang sangat murah.


Gambar di atas melihatkan prototype LC meter berasaskan PIC16F84A kegunaan saya sekian lama (tak jual) menggunakan LCD display. Mempunyai ketepatan yang sangat baik sehingga 1 hingga 5% bergantung kepada cara pembuatan kerana sangat sensitif kepada frekuensi tinggi. Kalau anda malas nak buat dan nak tempah dengan saya, harganya adalah RM 100.00 sahaja seunit menggunakan litar PCB sebenar yang lebih kemas atau menggunakan casing box.

Measuring range is from 0 to >0.1uF for capacitance and 0 to >10mH for inductance. !
Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...