Monday, May 14, 2012

Wireless handphone keypad access password security system dan pic16f877 microcontroller



Kebiasaan di dalam semua projek seperti access password security system kita akan menggunakan jenis keypad button yang biasa. Tetapi dengan ciptaan terbaru saya ini anda boleh access semua projek seperti password system dengan hanya menggunakan keypad daripada mana-mana handphone tak kiralah jenis biasa atau touch screen secara wireless (tanpa wayar) dengan menggunakan ciptaan sensor detection device ini (kotak litar yang berwarna kuning tu) yang boleh di sambung terus kepada microcontroller. Jadi kita boleh membuat sistem ini tanpa memerlukan keypad button lagi dan menggantikannya dengan peranti tersebut yang berfungsi secara cordless dan boleh juga disorokkan untuk kegunaan tertentu.


Di dalam video kelihatan saya accsess password tanpa menekan keypad button jenis biasa (yang warna hitam tu) tetapi sebagai ganti telah menggunakan handphone keypad yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Buat pengetahuan anda ini bukanlah projek berasaskan GSM (SMS) dan sensor kuning itu ditugaskan untuk bertindak menerima signal kira-kira jarak sejengkal daripada handphone keypad sahaja. Module sensor handphone keypad ini boleh digunakan untuk apa juga projek berasaskan keypad switch. Kebaikkan menggunakan sensor module ini kerana 1. Ia menggunakan keypad dari handphone yang semestinya kita boleh bawanya kemana-mana berbanding RFID card yang selalu membuat kita terlupa bawa atau perlu digantung dileher setiap masa. 2. Tidak perlu cas SMS kredit dan jimat duit, 3. Sensor ini boleh disembunyikan di dalam contoh dinding, bawah meja, dalam steering kereta atau dimana-mana tempat kita suka yang tidak diketahui orang (hidden sensor) 4. Semua jenis handphone boleh digunakan, 5. Penyambungan yang mudah dan lain-lain kebaikkan lagi.
Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...