Saturday, September 22, 2012

HPD100RF, Handphone RF keypad detector video



                                                       
Baca seterusnya (Read more)...>>

Friday, September 21, 2012

L bridge DC motor relay controller

Jimat kos rekabentuk dan lebih ringkas.



Litar kawalan DC motor yang lebih mudah L bridge yang hanya menggunakan 2 buah relay untuk berfungsi menukar arah pergerakkan forward atau reverse dengan kawalan microcontroller.  
Baca seterusnya (Read more)...>>

Sunday, September 9, 2012

PROJEK PETISURAT ELEKTRONIK






Disini saya ada upload contoh2 gambar petisurat elektronik versi terbaru. Gambar2 menunjukkan contoh2 petisurat elektronik yang di dalamnya siap dengan sensor pengesan surat (contact plate), speaker, button loceng dan sistem magnetic locked. Nanti saya uploadkan bahagian dalaman (control circuit) yang terdiri daripada kotak, LED indicator dan LCD. Kepada peminat projek ni bolehlah buat tempahan dengan menghubungi saya. Kalau nak tambah system GSM (sms), solar system, wireless dan lain-lain pun boleh. Kalau anda ada idea lain nak modified dan tambah apa2 pun boleh juga saya buatkan. Key lah sampai versi petisurat ni je lah kot..dan saya nak fikir projek lain-lain pulak. 


Baca seterusnya (Read more)...>>

Friday, September 7, 2012

ESR METER BOARD (diy repair merepair)


                  * 5 Volt power supply (Klik dan view image untuk besarkan gambar)                                                
Hi, disini saya ada upload layout esr meter board untuk kegunaan repairer, terimakasih kepada semua pembeli.  Litar esr meter board ini sangat ringkas tetapi amat membantu dalam kerja membaik pulih semua peralatan elektronik terutama yang melibatkan capacitor. Terdapat disitu (klik dan view image untuk besarkan gambar) terminal bekalan kuasa +/-5VDC yang mesti di bekalkan terlebih dahulu. TP1 dan TP2 adalah terminal input untuk menyukat esr capacitor. Manakala T3 dan T4 adalah terminal output untuk disambungkan kepada 50uA, VU, multimeter atau sebarang sensitive meter yang sesuai sebagai analoge display esr meter bersama-sama satu variable resistor 20k ~ 25k disambung bersiri sebagai zero pot (Calib). Kemungkinan besar meter anda tidak cukup sensitive dan tidak mampu untuk mencapai nilai maximum, bila ini berlaku anda boleh cuba untuk meningkatkan jumlah gandaan amplifier Q1 dengan bermain dengan nilai R12 diantara 10 ohm hingga 100 ohm boleh dicuba guna. Mengikut penerangan litar ori esr meter ini gandaan biasa amplifier adalah kira-kira 10.5 dan boleh dikira sebagai perkiraan hampir (RC|| rc /r'e+RE)/2 yang sepadan dengan (R11 || rc /r'e+R12)/2 atau lebih mudah (R11/RE)/2. Apabila semuanya berkeadaan baik shortkan terminal TP1 dan TP2 kemudian laraskan zero pot resistor kepada bacaan 0 ohm dan meter anda sudah bersedia untuk menyukat nilai ESR kepada suspect capacitor. Selebihnya sila rujuk penerangan di dalam litar skematik di bawah.





Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...