Salam sejahtera, untuk post kali ini saya telah membuat suatu penambah baikkan kepada projek sistem peti surat elektronik yang terdahulu (klik sini). Ini semua atas permintaan penghobi projek elektronik dan juga student IPT yang selalu menghubungi dan memberi feedback yang baik terhadap projek tersebut, oleh itu disini saya telah keluarkan suatu projek baru sistem peti surat elektronik ber-intercom bagi versi 2 yang menggunakan system PIC microcontroller.
Berbeza sedikit dengan peti surat yang terdahulu versi lama kali ini ia di lengkapi dengan beberapa fungsi yang lebih menarik yang akan di kawal sepenuhnya oleh litar microcontroller dan sedikit litar sokongan yang penting bagi menepati spesifikasi kolej anda. Bagi merekabentuk peti surat elektronik tersebut beberapa perkara harus diberi perhatian seperti, litar di dalam peti surat bahagian luaran (external box) mestilah bersaiz kecil, menggunakan litar dan jumlah komponen seminima yang boleh. Ini adalah supaya bahagian dalaman peti surat tersebut mempunyai cukup ruang untuk menyimpan jumlah bilangan surat yang banyak apabila dimasukkan nanti, tanpa diganggu oleh size litar yang besar dan boleh mengurangkan jumlah bilangan surat. Selebihnya litar kawalan yang lebih besar akan dibuat pada kotak litar sebelah dalam rumah (internal box). Oleh yang demikian saya telah menghasilkan suatu litar yang agak ringkas untuk dimuatkan di dalam petisurat dengan beberapa komponen sahaja seperti sebiji speaker, LED indicator, dua biji suis (bell dan sensor), dan sedikit litar elektronik seperti yang boleh di lihat di dalam litar skematik di bawah. Salah satu perbezaan yang cuba saya tampilkan disini ialah litar baru ini mempunyai dua signal berbeza pada petisurat yang boleh mengasingkan samada signal daripada push button (bell switch) dan signal sensor surat (letter signal). Mengikut versi lama letter detector sensornya saya menggunakan dual pin dan touch plate sebagai alat pengesan kemasukkan surat yang bertindak apabila rocker board ditolak, bagaimana pun kita mempunyai pelbagai pilihan samada menggunakan micro switch, read switch dan lain-lain kaedah mengikut kreativiti masing-masing. Selain daripada power indicator LED (GREEN), terdapat 3 lagi penunjuk-penunjuk LED utama disini, iaitu 1. Selector letter/bell/intercom switch LED (RED) akan menyala (berkelip) sebaik sahaja switch di select kepada interkom atau kedudukan normal, 2. Bell/intercom sensor switch LED (YELLOW) indicator dimana akan menyala sebaik sahaja surat dimasukkan kedalam peti surat dan apabila bell switch ditekan, malah lebih menarik lagi LED ini akan mula berkelip-kelip selepas beberapa saat sekiranya surat masih terselit disitu sehinggalah kita mengambilnya, dan LED indicator yang ketiga adalah MEMORY LED (BLUE) yang akan terus menyala sebaik sahaja mengesan kemasukkan surat atau bell switch ditekan, ini bertujuan memberitahu kita mungkin ada tetamu datang tadi atau masih ada surat yang belum di ambil. Memory LED indicator boleh dipadamkan/reset dengan menolak selector switch kepada pilihan intercom. Terdapat LDR sensor pada peti surat yang boleh dipicu (trigger) menggunakan LASER pointer keychain secara remote control untuk membunyikan loceng ding-dong mungkin dari dalam kereta atau motor. Sekiranya kita berada di luar rumah tiba-tiba kelihatan LED (merah) pada peti surat menyala berkelip-kelip menunjukkan ada surat masih terselit pada sensor switch. Pada waktu malam pula LED (putih) boleh dinyalakan di dalam peti surat sebagai lampu suluh supaya senang kita memeriksa isi peti surat pada waktu malam yang gelap. Bagi fungsi intercom masih sama dengan fungsi half-duplex comunication yang dikawal dari litar sebelah di dalam rumah. Saya juga ada menambah output audio jack dan volume control di dalam litar amplifier yang boleh anda gunakan untuk spy earphone, kerana amplifier yang digunakan mempunyai gandaan signal yang agak tinggi dan apabila speaker berbentuk disc digunakan sebagai microphone kita boleh mendengar suara-suara atau percakapan jiran-jiran sekeliling pada jarak yang agak jauh juga..menarikkan! tapi jangan disalah guna pula. Jika anda inginkan, litar siren juga boleh di gabungkan sebagai home Security Guard System yang akan membunyikan salah satu speaker luar atau dalam sebagai penggera. Lain-lain litar dan peranti tambahan juga boleh di gabungkan seperti sistem SMS GSM, Tel line, remote control, solar system, wireless intercom dan sebagainya, tetapi kosnya adalah sangat tinggi dan saya boleh designkan jika terdapat permintaan sahaja. Secara ringkas itu sahaja penjelasan yang boleh saya maklumkan disini dan jika anda berminat bolehlah menghubungi saya. Roslan 019 3430533 segera untuk tempahan awal.
1. Bagi memudahkan anda saya juga ada mengeluarkan produk-produk bagi membuat projek ini di
dalam bentuk PCB termasuk komponen lengkap. (tempahan sahaja)
2. Untuk litar PCB termasuk komponen litar petisurat ber-intercom versi 1 lama, harganya adalah
RM 100.00 termasuk manual/litar skematik.
3. Untuk litar PCB termasuk komponen litar petisurat ber-intercom versi 2 baru, harganya adalah
RM 180.00 termasuk firmware/manual/ litar skematik.
4. Untuk set lengkap termasuk kotak/casing box, harga boleh runding.
Note!, 12VDC switching mode adaptor digunakan dan harganya adalah berasingan RM 15.00 seunit.
Selain itu kos pos adalah percuma.
FIRMWARE FREE!!!:
Hex code untuk projek ini seperti di bawah:
:020000040000FA
:10000000252881010108FF3C031D022800340F3020
:100010008C0001208C0B0928003407308C00012053
:100020008C0B0F28003403308C0001208C0B15281A
:10003000003402308C0001208C0B1B28003401306E
:100040008C0001208C0B2128003483161F30850082
:100050000030860007308100831285018601203040
:10006000860085184B2806158613051D3D280616A3
:10007000192006121920851C3528851C42280611D6
:100080000612312805193D2886151F20051D3D281B
:1000900086111F2031288519522806148617851DC0
:1000A0004F28061005183128861706140D20051C48
:1000B0005D28051C57281F20061005185228861495
:1000C00086121320861086161320051C5F28061042
:0200D0003128D5
:02400E00F03F81
:00000001FF
:10000000252881010108FF3C031D022800340F3020
:100010008C0001208C0B0928003407308C00012053
:100020008C0B0F28003403308C0001208C0B15281A
:10003000003402308C0001208C0B1B28003401306E
:100040008C0001208C0B2128003483161F30850082
:100050000030860007308100831285018601203040
:10006000860085184B2806158613051D3D280616A3
:10007000192006121920851C3528851C42280611D6
:100080000612312805193D2886151F20051D3D281B
:1000900086111F2031288519522806148617851DC0
:1000A0004F28061005183128861706140D20051C48
:1000B0005D28051C57281F20061005185228861495
:1000C00086121320861086161320051C5F28061042
:0200D0003128D5
:02400E00F03F81
:00000001FF
















