Thursday, February 21, 2013





Disini saya nak post satu projek berkenaan radio, dulu saya dapat tempahan membuat litar FM radio receiver. Oleh kerana saya terlalu sibuk sehingga terlupa hendak menerangkan cara kerja kepada customer tersebut dan diharap masej2 yang saya post ni dapat membantu beliau dan untuk tatapan semua.  Kos membuat projek tersebut amatlah murah RM100 sahaja, namun disebabkan saya terlalu meminati bidang radio ni sejak kecil (tapi saya bukan ahli HAM RADIO), saya ambil sahaja projek tersebut selain membantu orang dapat juga membuat hobi radio lampau saya (projek sentimental value ni). Litar radio FM tersebut agak simple sahaja tetapi saya disuruh membuat suatu kaedah untuk menyukat untuk mengetahui nilai gelombang radio RF daripada radio tersebut. Umumnya signal RF yang memasuki input antenna adalah uV atau sangat lemah energy nya. Frequency counter saya tidak mampu hendak menyukat signal lemah tersebut secara terus. Jadi saya kena buat satu RF amplifier (small signal) dengan menggunakan RF transistor C9018 sebagai litar tambahan. Saya tidak menyukat input frequency tetapi mengambil signal daripada local oscillator sahaja. Jadi Fin = Fosc-intermediate frequency atau Fosc-10.7MHz. Dengan RF amplifier circuit tersebut keluarannya saya sambungkan kedalam input frequency counter. Kemudian daripada bacaan local oscillator tersebut saya tolak 10.7MHz dan dapat mengetahui nilai RF tersebut (suatu trick kan). Diatas adalah beberapa gambar2.


Baca seterusnya (Read more)...>>

Tuesday, February 5, 2013

PCB LAYOUT DESIGN




Masih ada lagi yang ingin bantuan melukis PCB, boleh menghubungi saya.  TQ
Baca seterusnya (Read more)...>>

Monday, February 4, 2013

COIN PUSHER CONTROLLER


video

Salam, saya sedang menyiapkan beraneka projek tempahan mengikut giliran dan salah satunya adalah satu mesin pintar yang boleh mengeluarkan duit syiling untuk penggunaan mesin tersebut . Projek ini bagaimana pun memerlukan suatu sistem pengeluar duit syiling contoh 10 sen menggunakan sistem mekanikal yang saya reka dan namakan coin pusher. Coin pusher ni banyak kegunaan terutama projek berkaitan duit syiling seperti vending machine, dan macam-macam idea lagi. Jadi saya nak kongsi gambar dan videonya seperti dibawah. Contoh sejumlah duit syiling 10 sen dikumpul dan dimasukkan didalam tabung duit (saya guna PVC tube) dan apabila mendapat isyarat elektrik daripada litar kawalan elektronik ia akan mengluarkan duit syiling tersebut mengikut jumlah yang di arahkan. Kalau berminat nak tempah untuk projek anda boleh hubungi saya.




Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...