Saturday, November 5, 2016

Wet Battery alert system




Bagi memudahkan penyelenggaraan bateri sel basah litar ini akan memberitahu pengguna mengesan
kedudukan individu paras air bateri pada setiap sel sebelum menjadi kering. Boleh juga di tokok tambah dengan sistem pemberitahuan menggunakan GSM (sms), bluetooth android, dan lain-lain kalau nak.
Baca seterusnya (Read more)...>>

Monday, October 31, 2016

Projek Elektronik: GSM - Car engine start key password lock system

Projek Elektronik

Projek ni menggunakan Arduino, keypad 4x4, gsm sim900 dan sistem lock mekanikal. Dipasang untuk kegunaan ciri keselamatan kereta. Pada kunci start engine tu dipasang suatu fungsi selak mekanikal, dimana kunci start hanya boleh dipusing untuk start engine apabila password yang betul dimasukkan melalui keypad dengan paparan LCD. Jika password lebih tiga kali salah maka buzzer atau siren akan berbunyi dan sms akan dihantar kepada pengguna smartphone, dalam masa yang sama selak mekanikal akan terus menyekat kunci start apabila cuba dipusing untuk start engine.



Bahagian mekanikal kunci start yang telah diubah suai dengan sistem penyelak..




VIDEO







Baca seterusnya (Read more)...>>

Projek Elektronik Automatic Human Guided Shopping Trolley HC-SR04.

Assalamualaikum dunia



Lama dah tak selenggara blog ni, ya mungkin teramat sibuk dengan tugas-tugas harian. Harini saya nak kongsi beberapa projek elektronik yang dibuat dimasa-masa yang lalu, bukan projek saya ya ini projek orang dan saya tukang buat dan design litar sahaja. Saya takkan buat projek kalau orang tak minta buat, kalau ada tempahan dan pembayaran baru saya buat ikut sebijik apa yang customer minta. Okay yang ni projek nama dia Automatic following trolley berasaskan litar kawalan arduino, terdapat dua bahagian penting iaitu litar transmitter dan receiver. Litar transmitter tugas dia menghantar ping signal dan litar receiver akan baca ping dan ukur jarak, lepas tu arduino akn proses balik signal samada trolley nak ke kiri ke, ke kanan ke, jalan lurus ke atau berhenti mengikut pergerakan orang yang bawa kotak transmitter tu. Sensor yang digunakan adalah jenis Ultrasonik HC-SR04. Pada litar transmitter part sensor receiver hc-sr04 tu kita cabut keluar dan pada bahagian receiver pula part sensor hc-sr04 tu kita cabut keluar bahagian transmitter ultrasonic tranducer dia. Dekat trolley saya hanya guna dua HC-SR04 ultrasonic sensor sebagai mata-mata. Untuk komunikasi antara transmitter dan receiver saya guna low cost rf tx dan rx module 315MHz (boleh juga guna xbee, bluetooth dan lain2 jenis tranceiver kalau banyak duit) untuk menghantar data komunikasi...ya lah kalau tak buat macamni bayangkan kalau terdapat sepuluh trolley nanti mana satu trolley yang kita punya pun dia tak dapat nak bezakan....







                 Bijak troli ni pandai dia ikut orang, boleh bawa gi pasar beli sayur ni...he

Jenis motor yang menggerakkan trolley saya guna wiper motor kereta wira, sebab beban yang nak diangkut oleh trolley ni seberat sehingga 20KG !.. lagi pun motor jenis ni lebih murah, kuat dan senang dapat. Jenis driver motor guna cytron punya board lebih senang nak control sebab boleh guna PWM dari arduino bagi mengawal kelajuan motor trolley tu. Kalau nak tukar guna pic microcontroller pun boleh jugak coding je..
Baca seterusnya (Read more)...>>

Tuesday, March 29, 2016

PROJEK ELEKTRONIK: WIRELESS ENERGY TRANSMITTER LED LIGHT

Projek elektronik


Ada permintaan jadi saya pun buatlah,  litar transmitter akan transmit resonance frequency energy dan litar receiver akan menyalakan lampu2 led secara wireless. Jarak penghantaran bergantung pada kuasa pemancaran kalau lagi kuat lagi jauh, tapi yang ni rendah kuasanya dan dekat je





video







Baca seterusnya (Read more)...>>

PROJEK ELEKTRONIK MEKANIKAL: PETI KESELAMATAN KEDAI EMAS

Projek elektronik

Projek elektronik ni saya buat untuk student je dulu, guna plywood motor, magnetic sensor, pic microcontroller dan lain2. Kegunaan sebagai peti simpanan barang kemas automatik. Contoh bila orang yang tidak dikehendaki membuka pintu peti ni maka buzzer amaran akan berbunyi, serentak dengan itu papan tempat letak barang kemas akan pusing 180 degree terbalik untuk mencampakkan barang kemas kebawah yang lebih selamat. Bila keadaan dah normal kita tekan butang reset dan papan tu akan pusing kembali ke kedudukan asalnya. Bagaimana pun tuan punya masih boleh membuka dan tutup pintu tanpa gangguan dengan menekan butang rahsia setiap kali nak ambil barang, tetapi selepas tutup dia akan jadi seperti biasa balik...he macam2 kan nengoklah video ni...

video


Baca seterusnya (Read more)...>>

PROJEK ELEKTRONIK: ARDUINO MLX90614 NON CONTACT INFRARED THERMOMETER.

 Projek elektronik


MLX90614 adalah suatu infrared thermometer yang boleh membaca suhu tanpa contact atau tanpa menyentuh lah...Sama juga dengan sensor2 suhu yang lain-lain ianya sesuai digunakan untuk kegunaan pelbagai fungsi kepada projek elektronik...





video



Baca seterusnya (Read more)...>>

Tuesday, March 1, 2016

PROJEK ELEKTRONIK NFC SHIELD SECURITY BOX

Projek elektronik

Assalamualaikum,


Lama sudah tak update blog ni dek kesibukan masa mengurusakan projek  ada di kilang2 (syarikat), projek2 student dan individu.




Jadi disini nak kongsi gambar satu projek arduino uno yang saya buat menggunakan NFC shield mengesan kad seperti RFID, tapi disini saya guna IC (Mykad) untuk membuka contoh pintu locker menggunakan magnetic lock. Sekiranya ID kad yang salah digunakan buzzer akan berbunyi amaran dan terdapat juga magnetic switch (read sensor) bila mengesan pintu locker dibuka (ceroboh) sebelum ID dari Mykad yang sah di baca maka bazzer juga akan berbunyi. Kalau sensor nfc ni mengesan mykad yang sah LCD akan tulis correct key dan magnetik lock akan terbuka. Selain daripada projek security box ni banyak lagi faedah nfc shield ni untuk kegunaan lain-lain projek yang sesuai dengannya. Kalau ada sapa2 nak buat apa2 projek guna nfc arduino shield ni boleh contact saya. Terimakasih.



  
Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...