Monday, October 31, 2016

Projek Elektronik: GSM - Car engine start key password lock system

Projek Elektronik

Projek ni menggunakan Arduino, keypad 4x4, gsm sim900 dan sistem lock mekanikal. Dipasang untuk kegunaan ciri keselamatan kereta. Pada kunci start engine tu dipasang suatu fungsi selak mekanikal, dimana kunci start hanya boleh dipusing untuk start engine apabila password yang betul dimasukkan melalui keypad dengan paparan LCD. Jika password lebih tiga kali salah maka buzzer atau siren akan berbunyi dan sms akan dihantar kepada pengguna smartphone, dalam masa yang sama selak mekanikal akan terus menyekat kunci start apabila cuba dipusing untuk start engine.



Bahagian mekanikal kunci start yang telah diubah suai dengan sistem penyelak..




VIDEO







Baca seterusnya (Read more)...>>

Projek Elektronik Automatic Human Guided Shopping Trolley HC-SR04.

Assalamualaikum dunia



Lama dah tak selenggara blog ni, ya mungkin teramat sibuk dengan tugas-tugas harian. Harini saya nak kongsi beberapa projek elektronik yang dibuat dimasa-masa yang lalu, bukan projek saya ya ini projek orang dan saya tukang buat dan design litar sahaja. Saya takkan buat projek kalau orang tak minta buat, kalau ada tempahan dan pembayaran baru saya buat ikut sebijik apa yang customer minta. Okay yang ni projek nama dia Automatic following trolley berasaskan litar kawalan arduino, terdapat dua bahagian penting iaitu litar transmitter dan receiver. Litar transmitter tugas dia menghantar ping signal dan litar receiver akan baca ping dan ukur jarak, lepas tu arduino akn proses balik signal samada trolley nak ke kiri ke, ke kanan ke, jalan lurus ke atau berhenti mengikut pergerakan orang yang bawa kotak transmitter tu. Sensor yang digunakan adalah jenis Ultrasonik HC-SR04. Pada litar transmitter part sensor receiver hc-sr04 tu kita cabut keluar dan pada bahagian receiver pula part sensor hc-sr04 tu kita cabut keluar bahagian transmitter ultrasonic tranducer dia. Dekat trolley saya hanya guna dua HC-SR04 ultrasonic sensor sebagai mata-mata. Untuk komunikasi antara transmitter dan receiver saya guna low cost rf tx dan rx module 315MHz (boleh juga guna xbee, bluetooth dan lain2 jenis tranceiver kalau banyak duit) untuk menghantar data komunikasi...ya lah kalau tak buat macamni bayangkan kalau terdapat sepuluh trolley nanti mana satu trolley yang kita punya pun dia tak dapat nak bezakan....







                 Bijak troli ni pandai dia ikut orang, boleh bawa gi pasar beli sayur ni...he

Jenis motor yang menggerakkan trolley saya guna wiper motor kereta wira, sebab beban yang nak diangkut oleh trolley ni seberat sehingga 20KG !.. lagi pun motor jenis ni lebih murah, kuat dan senang dapat. Jenis driver motor guna cytron punya board lebih senang nak control sebab boleh guna PWM dari arduino bagi mengawal kelajuan motor trolley tu. Kalau nak tukar guna pic microcontroller pun boleh jugak coding je..
Baca seterusnya (Read more)...>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...